Twitter
RSS

X-Men Origins : Wolverine


Kisah bermula dengan zaman kanak-kanak James Howlet dan Victor Creed pada tahun 1845. James terlantar sakit dan Viktor menemaninya. Tiba-tiba ayah Viktor pulang dalam keadaan mabuk dan bersenjata. Apabila ayah James cuba menghalang, ia mengakibatkan dia ditembak dan terbunuh. Kerana marah, tangan James ditumbuhi tulang yang tajam buat pertama kalinya dan James menikam ayah Viktor, yang kemudiannya memberitahu bahawa dia adalah ayah sebenar James dan Viktor. Kerana takut dan terkejut, James dan Viktor melarikan diri. Mereka kemudian menyertai angkatan tentera dan terlibat dalam beberapa peperangan seperti Perang Saudara, Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua dan Perang Vietnam. James, dikenali sebagai Wolverine sering menjadi penenang kepada abangnya Viktor yang dipanggil Sabretooth, kerana Sabretooth seringkali bertindak ganas dan mengingkari arahan pegawai atasan. Ketika di Lagos, Nigeria, mereka dikehendaki membunuh seluruh penduduk kampong tersebut. Wolverine membantah dan membuat keputusan untuk beundur.

Release Date :29 April 2009
Language :English
Classification :PG13
Running Time :1 hour 50 minutes
Director :Gavin Hood
Cast :Dominic Monaghan, Hugh Jackman, Liev Schreiber, Ryan Reynolds.


Comments (0)

Post a Comment

Hit counters
Hit counters

Yeeeaza! Followers