Twitter
RSS

Perfume

0
Minyak wangi telah dicipta dan digunakan di Semenanjung Arab pada abad ke 7 lagi dan perkembangan mengenai minyak wangi ini telah bertambah pada abad-abad berikutnya. Seorang ahli sains islam bernama Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi telah menhasilkankan pelbagai resipi minyak wangi, kosmetik dan pharmaceutical. Ini termasuk extraction pelbagai wangi-wangian, sebagaimana stangi merupakan tumbuhan yang digunakan secara meluas pada masa dulu kerana kos yang murah untuk menghasilkan wangian.



Minyak wangi ataupun perfume kini menjadi sebahagian daripada kehidupan kita seharian. Bukan saja wanita, muda-mudi, dewasa malah golongan tua, kaum lelaki kini juga tidak ketinggalan daripada menggunakan perfume untuk kegiatan harian,termasuklah dirumah, ke pejabat, beriadah dan sebagainya.

Keadaan ekonomi negara yang tidak menentu ini membuatkan kita berpikir 18 kali untuk membeli sebotol perfume kegemaran. Dengan harganya sekitar RM200 lebih sebotol membuatkan hasrat membeli perfium mungkin diabaikan,

Mungkin tidak! Bertempat di 3K sport complex & in, Jalan SS13/1 Subang Jaya Selangor, mengadakan potongan harga sehingga 80% kosmetik dan perfume pelbagai jenama seperti Anna Sui, Dunhill, Escada, Hugo Boss, Lacoste, Montblanc dan Dolce & Gabbana. Jualan bermula pada 12-13 Jun 2009 bermula jam 10 pagi hingga 6 petang. Seawal jam 8.30 pagi kelihatan orang ramai mula membanjiri komplek 3k. Harga yang ditawarkan untuk perfume serta kosmetik benar-benar hebat.
.

Perfect Timing

0

Need we say more?

PAJERO SPORT....SUV UNTUK SEMUA!

0

Dahulunya kenderaan riadah ini adalah asas kepada pengguna yang mahu lari daripada platform kereta-kereta sedan. Dengan pusat graviti yang tinggi, jarak pandangan yang luas dan kerangka yang kukuh, Sport Utility Vehicle (SUV) kian mendapat sambutan di seluruh dunia. di Amerika sahaja, jualan SUV mendahului peningkatan jualan kenderaan penumpang saban tahun.




Ciri-ciri fizikal lazimnya menjadi penanda aras terhadap populariti SUV. Lihat sahaja pada era awal 2000 di mana kenderaan jenis ini mula menjalar di jalanraya tempatan. ketika itu juga, bilangan pengeluar yang mengkhusus kepada jualan model ini juga tidak banyak. Selain Perodua Kembara yang bersaiz kecil, dominasi nama-nama SUV adalah sekitar Pajero dan Landcruiser yang mana masih tipikal dengan sifat-sifat 4X4 yang lasak. Pemanduannya masih dianggap bukan bercirikan kereta, suspensi yang keras, enjin pelahap bahanapi membuatkan kenderaan ini diketepikan oleh kebanyakan pembeli. Namun bilamana versi recond seperti CRV, RAV4 yang diasaskan dari casis monocoque mula dibawa masuk oleh pengedar kereta tempatan, lanskap SUV juga berubah. SUV moden jauh lebih selesa di pandu di jalan-jalan raya mahupun pada permukaan jalan yang tidak rata.

Malah sistem 4WD yang dahulunya adalah dari jenis kekunci penuh, boleh dilaraskan dengan dwi fungsi 2WD. Sesetengah sistem yang bijak juga berupaya mengawal sistem 4WD secara automatik. Ini mejadikan SUV kenderaan moden yang sukar dinafikan tahap praktikalnya.



Generasi baru SUV Mitsubishi Pajero sport tujuh tempat duduk telah dilancarkan oleh Mitsubishi Motor Malaysia baru-baru ini. Model-model ini sebelumnya agak popular dimana generasi dulu menggunakan untuk antiviti-aktiviti lasak sesuai dengan kerangkanya yang keras. Dibina berasaskan kerangka ladder, model baru SUV yang diperkenalkan oleh Mitsubishi ini bukan sahaja tampak menarik dari sudut luarannya, malah tahap keselesaannya cukup mengagumkan.


Diasaskan pada Mitsubishi L200 pickup atau triton, model pajero sport ini datang dengan lebih dinamik dan sporty. Model ini juga direka untuk 5 penumpang dan 7 penumpang. Pajero sport 5 penumpang dilancarkan di sesetengah negara seperti Rusia, Amerika latin negara timur tengah dan juga beberapa negara-negara ASEAN. Bagi negara-negara ini model ini dinamakan Montero Sport dan Challenger di Australia. Bagi pasaran UK pula ianya dinamakan “shogun”. Manakala kebanyakan negara Asia termasuk Malaysia didatangkan dengan model 7 tempat duduk. Pajero sport pasaran Malaysia dipadankan dengan kotak transmisi automatik INVECS-II empat kelajuan dengan ‘sport mode’ berkapasiti 2.5 liter diesel manakala pada pasaran luar pembeli boleh memilih kuasa enjin kapasiti 3.2 diesel ataupun 3.5 V6 petrol yang bakal menjanjikan kualiti pemanduan yang sempurna.

Pajero sport hadir dengan pakej yang sempurna. Bahagian dalamannya dipadankan dengan papan pemuka yang mewah bersama tuil gear, tombol kawalan pendingin hawa serta butang sistem audio yang tersusun rapi menampakkan ruang dalaman yang agak kemas. Ciri-ciri keselamatan dan kestabilan kenderaan ini juga dilengkapi dengan bar penstabil di kiri dan kanan body kenderaan dan suspensi pelbagai sambungan bersama pegas gegelung di bahagian roda belakang. Kenderaan ini juga dilengkapi dengan pelbagai sistem keselamatan aktif termasuk ABS dengan EBD (Electronic Brake Distribution) SRS airbags dan juga tali pinggang keledar.



Mitsubishi Motor Malaysia mensasarkan sebanyak 500 unit dapat dijual pada penghujung tahun ini. Pajero Sport (CBU) ini dijual dengan harga RM 158,609.80 dan boleh dikatakan model SUV yang agak murah berbanding dengan model-model SUV yang lain. Dengan saingan terdekatnya (berdasarkan kerangka ladder) di pasaran, Pajero cuma perlu bertarung dengan Ford Escape dan Toyota Fortuner. Dan jika anda ingin membuat pilihan tentang harga, kualiti dan keutuhan jenama, pasti jawapannya sudah ada di depan mata!

Nasi Kandar Beratur - Tangkap Lentokk Bebb

1
Kalau ke Penang tak sah kalau tak makan nasi kandar dan ada bermacam macam pilihan yang ditawarkan. Ada yang terselit celah lorong, tercongok atas kereta sorong sebelah masjid, dalam kedai kopi Cina ataupun dalam kedai khas nasi kandar.


One of the more interesting nasi kandar is next to Masjid Kapitan Kling in little India. But you have to know that the 'Beratur' version starts business at 10pm. Go any earlier and you will get a different version.

The main draw of the nasi kandar is the 'beratur' part. I suspect that they deliberately slow down the serving to make sure that there is a line.

Four of us went there on a Sunday night and there was a queue of 10 so I grabbed a seat and ordered drinks while the three others took position in the line.

As you can see the place is small, most of the seats are on the pavement which suits the patrons just fine as we Malaysians seem to like our meals alfresco.
The food serving area is a small corner by the side of the restaurant and there a crew of four rush back and fourth refilling curry pots, sending out orders and generally making busy.

The signboard says the proper name of the joint is Restoran Liyaqat Ali - Nssi Kandar Beratur and it has been operating in the same place since 1943, that's 66 years of kandar experience


The queue persisted while we had our meal and died out for a few minutes at aroudn 2am but it pcked up again. According to locals and staff, they usually have a queue of some sort till closing time, around 3am.
Our Meals
1- Fried chicken with curried cuttlefish eggs and vegetable - mixed curry
2 - Curried cuttle fish, curried prawn, vegetable and sambal - sotong curry with prawn curry in a separate saucer
3 - Mutton korma and vegetable - mixed curry
4 - Curry chicken, vegetable and sambal - mixed curry - additional rice with mixed curry

Hit counters
Hit counters

Yeeeaza! Followers